Monday, November 30, 2009

Minggu Keusahawanan Sosial PID - Taklimat SSM (19hb Nov. 2009)

Taklimat bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah dijalankan pada 19hb November 2009 bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi ,dan bertempat di Dewan Penghulu Abdullah, Sekolah Kebangsaan Abdullah Sungai Mati. Taklimat ini telah dihadiri seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada usahawan dan juga komuniti sekitar Sungai Mati

Objektif Taklimat

Objektif taklimat bersama SSM ini adalah untuk memperkenalkan kepada usahawan dan juga komuniti setempat berkenaan dengan perkhidmatan e-lodgement dan juga e-info yang terdapat melalui laman web SSM. Selain itu, taklimat ini bertujuan untuk menggalakkan serta memberi peluang kepada komuniti serta usahawan yang tinggal di luar bandar untuk menggunakan aplikasi SSM secara online tanpa perlu ke pejabat SSM yang terletak jauh di bandar.

Aktiviti

-Kata-kata aluan serta penerangan ringkas mengenai fungsi PID oleh Pengurus
-Penerangan mengenai e-lodgement menggunakan slide
-Penerangan serta contoh berkenaan cara-cara mendaftar SSM secara online
-Sesi soal jawab bersama ahli panel SSM

Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan



Ahli Panel Sedang Menjawab Soalan Dari Peserta



Sesi Soal Jawab



Sesi Soal Jawab



Peserta Yang Hadir Menyertai Taklimat SSM



Sesi Penerangan Oleh En. Azrin b. Ripin



Sesi Penerangan Oleh En. Azrin b. Ripin




Penerangan Fungsi PID Dari Pengurus PID Sg.Mati



Penerangan Fungsi-Fungsi PID Oleh Pengurus PID Sg.Mati


No comments:

Post a Comment