Monday, November 30, 2009

Minggu Keusahawanan Sosial PID - Bengkel Flickr (17hb Nov. 2009)

Bengkel Flickr untuk golongan pelajar telah dijalankan pada 17hb November 2009 bermula jam 2.00 petang sehingga jam 4.30 petang ,dan bertempat di PID Sungai Mati. Dihadiri seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah.

Objektif Bengkel

Objektif bengkel Flickr ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kegunaan flickr kepada peserta serta membantu dalam membina akaun flickr mereka sendiri

Aktiviti

-Pengenalan tentang fungsi serta kegunaan flickr
-Penerangan cara-cara mendaftar flickr
-Penerangan menggunakan slide mengenai cara memasukkan gambar ke dalam flickr

Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan



Antara Peserta Yang Terlibat



Peserta Mencuba Untuk Mendaftar Flickr



Peserta Mencuba Untuk Mendaftar Flickr

No comments:

Post a Comment