PID Sungai Mati mula beroperasi pada Nov 2003 selepas dilancarkan pada bulan Mac 2000 oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi sebagai salah satu projek perintis. PID sekarang bernaung di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Sunday, November 29, 2009
Minggu Keusahawanan Sosial PID - Lawatan (14hb Nov.2009)
Lawatan ke Premis Roscentella Radix Bukit Gambir telah diadakan pada 14hb November 2009 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari,dan bertempat di Roscentella Radix Bukit Gambir. Pada awalnya, lawatan ini dijadualkan pada 19hb November 2009 (Khamis), namun atas kesibukan usahawan itu sendiri pada hari tersebut, lawatan telah dilakukan lebih awal sedikit. Lawatan ini dihadiri seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada komuniti di sekitar Sungai Mati.
Objektif Lawatan
Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti yang berminat menceburi bidang perniagaan berasaskan produk halal seterusnya memberikan inspirasi kepada mereka untuk berjaya.
Aktiviti
-Lawatan ke sekitar premis perniagaan -Penerangan berkaitan produk halal -Lawatan ke bilik rawatan dan sauna -Demonstrasi berbekam
Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan.
Peserta Mencuba Berbekam
Peserta Mencuba Berbekam
Peserta Yang Ingin Mencuba Berbekam
Peserta Meninjau Sekitar Premis Perniagaan
Bilik Rawatan Muka
Bilik Rawatan Sauna
Peserta Meninjau Sekitar Premis Perniagaan
Penerangan Berkenaan Produk Dari Pekerja Rocentella Herbs
Pengurus Roscentella Herbs Sedang Memberi Penerangan Sambil Menikmati Juadah Ringkas.
No comments:
Post a Comment