Sunday, November 29, 2009

Minggu Keusahawanan Sosial PID - Bengkel E-kedai (11hb Nov.2009)

Bengkel E-Kedai (siri 2) telah dijalankan pada 11hb November 2009 bermula jam 2.00 petang sehingga jam 4.30 petang,dan bertempat di PID Sungai Mati. Dihadiri seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada usahawan-usahawan di sekitar Sungai Mati.

Objektif Bengkel

Objektif bengkel e-kedai ini adalah untuk memperkenalkan kepada para usahawan berkenaan fungsi e-kedai serta membantu mereka dalam mempromosikan produk melalui e-kedai.

Aktiviti
-Penerangan objektif dan fungsi e-kedai
-Penerangan untuk mendaftar sebagai ahli portal PID
-Penerangan membina e-kedai berdasarkan slide
-Latihan secara amali untuk memasukkan produk melalui e-kedai

Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan



Peserta Sedang Mencuba Membuat E-Kedai



Peserta Sedang Berbincang Setelah Mendengar Penerangan



Peserta Sedang Berbincang Setelah Mendengar Penerangan


No comments:

Post a Comment