Thursday, May 9, 2013

Pertandingan Jejak 1001 Inovasi Akar Umbi.


Adalah diwar-warkan....Pihak Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah melancarkan Pertandingan Jejak 1001 Inovasi Akar Umbi. 

Pertandingan ini merupakan lanjutan daripada program Jejak Inovasi yang dijalankan pada tahun 2012. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu 
1) Penyertaan Terbanyak dan
2) Inovasi Terbaik. 

Tujuan pertandingan ini adalah untuk menjejak inovasi yang 
dihasilkan di kalangan masyarakat akar umbi dan memberi peluang kepada golongan ini menyumbang dalam menjayakan agenda nasional bagi menyemarakkan Inovasi Inklusif 2013.

Untuk menyertai Pertandingan Jejak 1001 Inovasi Akar
Umbi layari dan hantarkan maklumat inovasi and di

http://www.1cats.my/jejakinovasi/index.html

Tuesday, November 20, 2012

Promosi Belajar Komputer



Sempena cuti sekolah, Pusat Internet Desa Sungai mati ingin menjemput pelajar sekolah dan pelajar lepasan SPM dan STPM untuk mengikuti Kursus Komputer. 
HANYA RM 25.00 sahaja untuk pendaftaran.

TUNGGU APA LAGI... DAFTAR LAH SEKARANG...


Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi :

No. Tel : 06-9755815 (EN.SHAFIQ)
Email : sungaimati@pid.net.my

Wednesday, October 31, 2012

Program Latihan MICROSOURCING


Sukacita dimaklumkan, Pusat Internet Desa akan mengadakan Program Latihan Microsourcing di mana peserta akan dilatih dan ditawarkan kerja melalui Internet / SMS / Digital. Hanya perlu bekerja dari rumah sahaja dan boleh jana pendapatan di mana akan dibayar melalui sistem e-banking.

Program anjuran PERNEC melalui kerjasama bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) ini adalah PERCUMA!!!....Jadi, apa tunggu lagi....Segeralah daftar beramai-ramai. 
Tempat adalah sangat terhad!!!

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Tel : 06-9755815 
email : sungaimati@pid.net.my

Wednesday, September 26, 2012

Usahawan di Sungai Mati


Produk IKS tempatan – Sungai  Mati


Nama Pengusaha : Muhayar binti Musa 
Nama Perniagaan : Maikaya Enterprise
Alamat : No 47, Serom 3 Panggong, 84410 Sg.Mati, Muar, Johor
No Tel : 06-9751139 (r)
              017-6059658 (hp)
Email    : maikayaent@gmail.com

Produk Utama

1) Produk makanan berasaskan rempah
  • Rempah beriani
  • Rempah kurma
  • Rempah sup
  • Rempah kari
  • Garam kunyit

2) Produk kuih-muih

Friday, May 21, 2010

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SOSIAL

Sepanjang bulan Jun sehinggan bulan Julai, PID Sungai Mati akan menjalankan beberapa aktiviti sempena Karnival Keusahawanan Sosial.

Karnival Keusahawanan Sosial ini dijalankan di setiap PID di Seluruh Negara.

Monday, November 30, 2009

Minggu Keusahawanan Sosial PID - Taklimat Agribazar (19hb Nov. 2009)

Taklimat Agribazar telah dijalankan pada 19hb November 2009 iaitu serentak dengan taklimat bersama SSM. Taklimat bermula jam 11.45 pagi sehingga jam 1.00 tengahari ,dan bertempat di Dewan Penghulu Abdullah, Sekolah Kebangsaan Abdullah Sungai Mati. Taklimat ini telah dihadiri seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada usahawan dan juga komuniti sekitar Sungai Mati

Objektif Taklimat

Objektif taklimat Agribazar ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada usahawan dan juga komuniti setempat berkenaan portal Agribazaar yang telah wujud di bawah Jabatan Pertanian. Taklimat ini juga untuk menggalakkan peserta supaya menggunakan portal Agribazar untuk mempromosikan produk mereka.

Aktiviti

-Kata-kata aluan serta penerangan ringkas mengenai fungsi PID oleh Pengurus
-Penerangan mengenai portal Agribazar menggunakan slide
-Penyampaian sijil penyertaan kepada peserta

Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan



Penerangan Dari En. Mohd. Zaidi b. Mohd. Taza



Peserta Sedang Mendengar Penerangan Yang Diberi



Peserta Sedang Mendengar Penerangan Yang Diberi



Peserta Sedang Mendengar Penerangan Yang Diberi



Penyampaian Sijil Penyertaan Kepada Peserta



Penyampaian Sijil Penyertaan Kepada Peserta



Penyampaian Sijil Penyertaan Kepada Peserta



Penyerahan Cenderahati Kepada Ahli Panel Oleh Penghulu Mukim Serom

Minggu Keusahawanan Sosial PID - Taklimat SSM (19hb Nov. 2009)

Taklimat bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah dijalankan pada 19hb November 2009 bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi ,dan bertempat di Dewan Penghulu Abdullah, Sekolah Kebangsaan Abdullah Sungai Mati. Taklimat ini telah dihadiri seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada usahawan dan juga komuniti sekitar Sungai Mati

Objektif Taklimat

Objektif taklimat bersama SSM ini adalah untuk memperkenalkan kepada usahawan dan juga komuniti setempat berkenaan dengan perkhidmatan e-lodgement dan juga e-info yang terdapat melalui laman web SSM. Selain itu, taklimat ini bertujuan untuk menggalakkan serta memberi peluang kepada komuniti serta usahawan yang tinggal di luar bandar untuk menggunakan aplikasi SSM secara online tanpa perlu ke pejabat SSM yang terletak jauh di bandar.

Aktiviti

-Kata-kata aluan serta penerangan ringkas mengenai fungsi PID oleh Pengurus
-Penerangan mengenai e-lodgement menggunakan slide
-Penerangan serta contoh berkenaan cara-cara mendaftar SSM secara online
-Sesi soal jawab bersama ahli panel SSM

Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan



Ahli Panel Sedang Menjawab Soalan Dari Peserta



Sesi Soal Jawab



Sesi Soal Jawab



Peserta Yang Hadir Menyertai Taklimat SSM



Sesi Penerangan Oleh En. Azrin b. Ripin



Sesi Penerangan Oleh En. Azrin b. Ripin




Penerangan Fungsi PID Dari Pengurus PID Sg.Mati



Penerangan Fungsi-Fungsi PID Oleh Pengurus PID Sg.Mati


Minggu Keusahawanan Sosial PID - Bengkel Flickr (17hb Nov. 2009)

Bengkel Flickr untuk golongan pelajar telah dijalankan pada 17hb November 2009 bermula jam 2.00 petang sehingga jam 4.30 petang ,dan bertempat di PID Sungai Mati. Dihadiri seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah.

Objektif Bengkel

Objektif bengkel Flickr ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kegunaan flickr kepada peserta serta membantu dalam membina akaun flickr mereka sendiri

Aktiviti

-Pengenalan tentang fungsi serta kegunaan flickr
-Penerangan cara-cara mendaftar flickr
-Penerangan menggunakan slide mengenai cara memasukkan gambar ke dalam flickr

Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan



Antara Peserta Yang Terlibat



Peserta Mencuba Untuk Mendaftar Flickr



Peserta Mencuba Untuk Mendaftar Flickr

Sunday, November 29, 2009

Minggu Keusahawanan Sosial PID - Bengkel Blog (16hb Nov. 2009)

Bengkel Blog untuk golongan pelajar (siri 2) telah dijalankan pada 16hb November 2009 bermula jam 2.00 petang sehingga jam 4.30 petang ,dan bertempat di PID Sungai Mati. Dihadiri seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Objektif Bengkel

Objektif bengkel Blog ini adalah untuk menggalakkan serta memberi pendedahan kepada pelajar dalam menyediakan blog persendirian mereka.

Aktiviti

-Pengenalan tentang fungsi serta kegunaan blog
-Penerangan cara-cara mendaftar blog
-Penerangan menggunakan slide mengenai cara memasukkan info ke dalam blog

Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan



Peserta Dari Kalangan Pelajar Sekolah Rendah



Peserta Sedang Cuba Membuat Blog



Peserta Sedang Cuba Membuat Blog


Minggu Keusahawanan Sosial PID - Sesi Perkongsian Ilmu (14hb Nov.2009)

Sesi perkongsian ilmu bersama usahawan telah dijalankan pada 14hb November 2009 bermula jam 2.00 petang sehingga jam 4.30 petang,dan bertempat di bilik kuliah Rocentella Radix Herbs and Beauty. Pada awalnya, sesi perkongsian ilmu ini dijadualkan pada 19hb November 2009, namun atas sebab kesibukan usahawan itu sendiri, maka sesi ini diadakan awal sedikit. Sesi Perkongsian ilmu ini dihadiri seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada komuniti di sekitar Sungai Mati.

Objektif Sesi Perkongsian Ilmu

Objektif sesi perkongsian ilmu ini adalah untuk berkongsi rahsia kejayaan serta memberi semangat dan dorongan kepada yang berminat menjadi usahawan dan juga kepada usahawan yang sedia ada.

Aktiviti

-Sesi perkenalan
-Penerangan mengenai rahsia kejayaan
-Penerangan berkenaan syarikat
-Penerangan mengenai produk halal
-Penerangan berkaitan cara-cara menjadi ahli yang berjaya

Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan.



Sesi Penerangan Oleh En.Shafie



Sesi Penerangan Oleh En.Shafie



Sesi Selingan



Sesi Selingan



Peserta Sedang Mendengar Penerangan Yang Diberi



Antara Peserta Yang Hadir



Antara Peserta Yang Hadir



Penerangan Dari Pn.Rosjulia