PID Sungai Mati mula beroperasi pada Nov 2003 selepas dilancarkan pada bulan Mac 2000 oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi sebagai salah satu projek perintis. PID sekarang bernaung di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Sempena cuti sekolah, Pusat Internet Desa Sungai mati ingin menjemput pelajar sekolah dan pelajar lepasan SPM dan STPM untuk mengikuti Kursus Komputer. HANYA RM 25.00 sahaja untuk pendaftaran.
TUNGGU APA LAGI... DAFTAR LAH SEKARANG...
Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi :
No. Tel : 06-9755815 (EN.SHAFIQ) Email : sungaimati@pid.net.my
Sukacita dimaklumkan, Pusat Internet Desa akan mengadakan Program Latihan Microsourcing di mana peserta akan dilatih dan ditawarkan kerja melalui Internet / SMS / Digital. Hanya perlu bekerja dari rumah sahaja dan boleh jana pendapatan di mana akan dibayar melalui sistem e-banking.
Program anjuran PERNEC melalui kerjasama bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) ini adalah PERCUMA!!!....Jadi, apa tunggu lagi....Segeralah daftar beramai-ramai.
Taklimat Agribazar telah dijalankan pada 19hb November 2009 iaitu serentak dengan taklimat bersama SSM. Taklimat bermula jam 11.45 pagi sehingga jam 1.00 tengahari ,dan bertempat di Dewan Penghulu Abdullah, Sekolah Kebangsaan Abdullah Sungai Mati. Taklimat ini telah dihadiri seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada usahawan dan juga komuniti sekitar Sungai Mati
Objektif Taklimat
Objektif taklimat Agribazar ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada usahawan dan juga komuniti setempat berkenaan portal Agribazaar yang telah wujud di bawah Jabatan Pertanian. Taklimat ini juga untuk menggalakkan peserta supaya menggunakan portal Agribazar untuk mempromosikan produk mereka.
Aktiviti
-Kata-kata aluan serta penerangan ringkas mengenai fungsi PID oleh Pengurus -Penerangan mengenai portal Agribazar menggunakan slide -Penyampaian sijil penyertaan kepada peserta
Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan
Penerangan Dari En. Mohd. Zaidi b. Mohd. Taza
Peserta Sedang Mendengar Penerangan Yang Diberi
Peserta Sedang Mendengar Penerangan Yang Diberi
Peserta Sedang Mendengar Penerangan Yang Diberi
Penyampaian Sijil Penyertaan Kepada Peserta
Penyampaian Sijil Penyertaan Kepada Peserta
Penyampaian Sijil Penyertaan Kepada Peserta
Penyerahan Cenderahati Kepada Ahli Panel Oleh Penghulu Mukim Serom
Taklimat bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah dijalankan pada 19hb November 2009 bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi ,dan bertempat di Dewan Penghulu Abdullah, Sekolah Kebangsaan Abdullah Sungai Mati. Taklimat ini telah dihadiri seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada usahawan dan juga komuniti sekitar Sungai Mati
Objektif Taklimat
Objektif taklimat bersama SSM ini adalah untuk memperkenalkan kepada usahawan dan juga komuniti setempat berkenaan dengan perkhidmatan e-lodgement dan juga e-info yang terdapat melalui laman web SSM. Selain itu, taklimat ini bertujuan untuk menggalakkan serta memberi peluang kepada komuniti serta usahawan yang tinggal di luar bandar untuk menggunakan aplikasi SSM secara online tanpa perlu ke pejabat SSM yang terletak jauh di bandar.
Aktiviti
-Kata-kata aluan serta penerangan ringkas mengenai fungsi PID oleh Pengurus -Penerangan mengenai e-lodgement menggunakan slide -Penerangan serta contoh berkenaan cara-cara mendaftar SSM secara online -Sesi soal jawab bersama ahli panel SSM
Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan
Ahli Panel Sedang Menjawab Soalan Dari Peserta
Sesi Soal Jawab
Sesi Soal Jawab
Peserta Yang Hadir Menyertai Taklimat SSM
Sesi Penerangan Oleh En. Azrin b. Ripin
Sesi Penerangan Oleh En. Azrin b. Ripin
Penerangan Fungsi PID Dari Pengurus PID Sg.Mati
Penerangan Fungsi-Fungsi PID Oleh Pengurus PID Sg.Mati
Bengkel Flickr untuk golongan pelajar telah dijalankan pada 17hb November 2009 bermula jam 2.00 petang sehingga jam 4.30 petang ,dan bertempat di PID Sungai Mati. Dihadiri seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah.
Objektif Bengkel
Objektif bengkel Flickr ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kegunaan flickr kepada peserta serta membantu dalam membina akaun flickr mereka sendiri
Aktiviti
-Pengenalan tentang fungsi serta kegunaan flickr -Penerangan cara-cara mendaftar flickr -Penerangan menggunakan slide mengenai cara memasukkan gambar ke dalam flickr
Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan
Bengkel Blog untuk golongan pelajar (siri 2) telah dijalankan pada 16hb November 2009 bermula jam 2.00 petang sehingga jam 4.30 petang ,dan bertempat di PID Sungai Mati. Dihadiri seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Objektif Bengkel
Objektif bengkel Blog ini adalah untuk menggalakkan serta memberi pendedahan kepada pelajar dalam menyediakan blog persendirian mereka.
Aktiviti
-Pengenalan tentang fungsi serta kegunaan blog -Penerangan cara-cara mendaftar blog -Penerangan menggunakan slide mengenai cara memasukkan info ke dalam blog
Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan
Sesi perkongsian ilmu bersama usahawan telah dijalankan pada 14hb November 2009 bermula jam 2.00 petang sehingga jam 4.30 petang,dan bertempat di bilik kuliah Rocentella Radix Herbs and Beauty. Pada awalnya, sesi perkongsian ilmu ini dijadualkan pada 19hb November 2009, namun atas sebab kesibukan usahawan itu sendiri, maka sesi ini diadakan awal sedikit. Sesi Perkongsian ilmu ini dihadiri seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada komuniti di sekitar Sungai Mati.
Objektif Sesi Perkongsian Ilmu
Objektif sesi perkongsian ilmu ini adalah untuk berkongsi rahsia kejayaan serta memberi semangat dan dorongan kepada yang berminat menjadi usahawan dan juga kepada usahawan yang sedia ada.
Aktiviti
-Sesi perkenalan -Penerangan mengenai rahsia kejayaan -Penerangan berkenaan syarikat -Penerangan mengenai produk halal -Penerangan berkaitan cara-cara menjadi ahli yang berjaya
Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan.
Lawatan ke Premis Roscentella Radix Bukit Gambir telah diadakan pada 14hb November 2009 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari,dan bertempat di Roscentella Radix Bukit Gambir. Pada awalnya, lawatan ini dijadualkan pada 19hb November 2009 (Khamis), namun atas kesibukan usahawan itu sendiri pada hari tersebut, lawatan telah dilakukan lebih awal sedikit. Lawatan ini dihadiri seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada komuniti di sekitar Sungai Mati.
Objektif Lawatan
Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti yang berminat menceburi bidang perniagaan berasaskan produk halal seterusnya memberikan inspirasi kepada mereka untuk berjaya.
Aktiviti
-Lawatan ke sekitar premis perniagaan -Penerangan berkaitan produk halal -Lawatan ke bilik rawatan dan sauna -Demonstrasi berbekam
Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan.
Peserta Mencuba Berbekam
Peserta Mencuba Berbekam
Peserta Yang Ingin Mencuba Berbekam
Peserta Meninjau Sekitar Premis Perniagaan
Bilik Rawatan Muka
Bilik Rawatan Sauna
Peserta Meninjau Sekitar Premis Perniagaan
Penerangan Berkenaan Produk Dari Pekerja Rocentella Herbs
Pengurus Roscentella Herbs Sedang Memberi Penerangan Sambil Menikmati Juadah Ringkas.