PID Sungai Mati mula beroperasi pada Nov 2003 selepas dilancarkan pada bulan Mac 2000 oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi sebagai salah satu projek perintis. PID sekarang bernaung di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Lawatan ke Premis Roscentella Radix Bukit Gambir telah diadakan pada 14hb November 2009 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari,dan bertempat di Roscentella Radix Bukit Gambir. Pada awalnya, lawatan ini dijadualkan pada 19hb November 2009 (Khamis), namun atas kesibukan usahawan itu sendiri pada hari tersebut, lawatan telah dilakukan lebih awal sedikit. Lawatan ini dihadiri seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada komuniti di sekitar Sungai Mati.
Objektif Lawatan
Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti yang berminat menceburi bidang perniagaan berasaskan produk halal seterusnya memberikan inspirasi kepada mereka untuk berjaya.
Aktiviti
-Lawatan ke sekitar premis perniagaan -Penerangan berkaitan produk halal -Lawatan ke bilik rawatan dan sauna -Demonstrasi berbekam
Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan.
Peserta Mencuba Berbekam
Peserta Mencuba Berbekam
Peserta Yang Ingin Mencuba Berbekam
Peserta Meninjau Sekitar Premis Perniagaan
Bilik Rawatan Muka
Bilik Rawatan Sauna
Peserta Meninjau Sekitar Premis Perniagaan
Penerangan Berkenaan Produk Dari Pekerja Rocentella Herbs
Pengurus Roscentella Herbs Sedang Memberi Penerangan Sambil Menikmati Juadah Ringkas.
Bengkel E-Kedai (siri 2) telah dijalankan pada 11hb November 2009 bermula jam 2.00 petang sehingga jam 4.30 petang,dan bertempat di PID Sungai Mati. Dihadiri seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada usahawan-usahawan di sekitar Sungai Mati.
Objektif Bengkel
Objektif bengkel e-kedai ini adalah untuk memperkenalkan kepada para usahawan berkenaan fungsi e-kedai serta membantu mereka dalam mempromosikan produk melalui e-kedai.
Aktiviti -Penerangan objektif dan fungsi e-kedai -Penerangan untuk mendaftar sebagai ahli portal PID -Penerangan membina e-kedai berdasarkan slide -Latihan secara amali untuk memasukkan produk melalui e-kedai
Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan
Peserta Sedang Mencuba Membuat E-Kedai
Peserta Sedang Berbincang Setelah Mendengar Penerangan
Peserta Sedang Berbincang Setelah Mendengar Penerangan
Bengkel E-Perdagangan telah dijalankan pada 10hb November 2009 bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari,dan bertempat di PID Sungai Mati. Dihadiri seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada komuniti di sekitar Sungai Mati.
Objektif Bengkel
Objektif bengkel E-Perdagangan ini adalah untuk memperkenalkan aplikasi e-dagang yang telah wujud seterusnya menggalakkan mereka menjalankan transaksi secara online.
Aktiviti
-Penerangan berkenaan e-perdagangan melalui slide -Membuka web e-dagang -Latihan secara amali
Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan.
Peserta Sedang Melayari Contoh-Contoh Laman Web Yang Diberikan
Peserta Sedang Melayari Contoh-Contoh Laman Web Yang Diberikan
Peserta Sedang Melayari Contoh-Contoh Laman Web Yang Diberikan
Bengkel Blog untuk golongan usahawan (siri 1) telah dijalankan pada 4hb November 2009 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari,dan bertempat di PID Sungai Mati. Dihadiri seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada usahawan-usahawan di sekitar Sungai Mati.
Objektif Bengkel
Objektif bengkel Blog ini adalah untuk membantu Usahawan dalam menyediakan blog persendirian untuk mempromosikan produk mereka.
Aktiviti
-Penerangan berkenaan fungsi blog dan kegunaannya -Penerangan cara-cara mendaftar blog -Penerangan menggunakan slide mengenai cara memasukkan info ke dalam blog
Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan
Bengkel E-Kedai (siri 1) telah dijalankan pada 3hb November 2009 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari,dan bertempat di PID Sungai Mati. Dihadiri seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada usahawan-usahawan di sekitar Sungai Mati.
Objektif Bengkel
Objektif bengkel e-kedai ini adalah untuk memperkenalkan kepada para usahawan berkenaan fungsi e-kedai serta membantu mereka dalam mempromosikan produk melalui e-kedai.
Aktiviti -Penerangan objektif dan fungsi e-kedai -Penerangan untuk mendaftar sebagai ahli portal PID -Penerangan membina e-kedai berdasarkan slide -Latihan secara amali untuk memasukkan produk melalui e-kedai Berikut merupakan gambar semasa aktiviti sedang dijalankan.